DARI kiri juruterbang Mejar Teoh Siow Ling, Norhana dan  Patricia antara juruterbang wanita TUDM. FOTO Syarafiq Abd Samad
DARI kiri juruterbang Mejar Teoh Siow Ling, Norhana dan Patricia antara juruterbang wanita TUDM. FOTO Syarafiq Abd Samad
Yusri Abdul Malek dan Kalidevi Mogan Kumarappa dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


Tanpa mengenakan pakaian seragam mungkin anda tidak menyangka dua wanita bertubuh langsing dan cantik ini berkecimpung dalam kerjaya tentera yang menuntut fizikal lasak serta memerlukan jiwa kental.

Lebih mengagumkan seorang daripada mereka adalah wanita pertama yang menerbangkan jet pejuang MiG-29N di Asia.

Walau apapun persepsi diberikan, itulah kehebatan dan keistimewaan dimiliki anak jati Sandakan, Sabah, Mejar Patricia Yapp Syau Yin yang mula menerbangkan jet pejuang itu sejak 1997.

Patricia adalah juruterbang pesawat pejuang MiG-29N yang pertama dan wanita Malaysia pertama lulus dengan kepujian dari Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Alor Setar, Kedah, pada 1997.

Dia adalah seorang juruterbang yang membawa operasi dan taktikal dengan Skuadron No 17/19 Smokey Bandits di Pangkalan TUDM Kuantan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 4:59 AM