Datuk Yusof Haslam
Datuk Yusof Haslam
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur: "Syamsul balik ke tidak, itu kami tak mahu komen kerana tidak mahu keruhkan keadaan. Dia pula sedang berjuang habiskan 'shooting' (penggambaran) filem The Original Gangster (OG). Sebagai ibu bapa, kami sentiasa doakan yang terbaik dalam apa situasi sekali pun."

Itu kata Datuk Yusof Haslam, 69, apabila ditanya mengenai hubungan terkini bersama anaknya juga pengarah filem, Syamsul Yusof, 39.

Difahamkan, Syamsul yang bercerai dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 14 Jun lalu belum lagi membawa isterinya, Ira Kazar yang dinikahi pada 6 Januari lalu pulang ke rumah Yusof.

Sementara itu, ditanya mengenai pemberian bonus di atas kejayaan filem Polis Evo 3 arahan anaknya, Syafiq yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung melebihi RM51 juta, Yusof berkata, itu adalah urusan Astro Shaw kerana Skop Productions Sdn Bhd hanya sebagai rakan kongsi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2023 @ 5:41 PM