ROHANA Jalil.
ROHANA Jalil.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Penyanyi, Rohana Jalil, 68, yang dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak semalam, menjalani pembedahan untuk menutup kebocoran di ususnya, hari ini.

Akibat masalah kebocoran usus juga menyebabkan Rohana tidak boleh makan dan minum.

Pembantu peribadinya, Suzie ketika dihubungi berkata, ususnya bocor disebabkan ulser perut dan gastrik.

Menurutnya, pembedahan hari ini adalah untuk memasukkan 'stent' bagi menutup kobocoran di usus.

"Tolong doakan prosedur ini berjaya supaya tak perlu buat 'major surgery," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, penyanyi lagu Rayuanku ini sudah sedar hari ini, tetapi tiub pernafasan masih belum boleh dicabut kerana dia perlu menjalani beberapa prosedur lain.

"Insya-Allah selepas ini kalau dia kuat untuk bernafas sendiri, doktor akan cabut tiub pernafasan. Sekali lagi tolong jangan putus doakan Rohana. Dia masih kritikal," katanya.

Suzie berkata, Rohana sebelum ini pernah menjalani pembedahan yang sama tetapi tidak berjaya.

"Selepas beberapa hari pembedahan keadaan ususnya masih bocor," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2023 @ 5:34 PM