Izreen Azminda bersama suaminya, Ude.
Izreen Azminda bersama suaminya, Ude.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur : Pelakon, Izreen Azminda mengaku tidak boleh terlalu kerap memuat naik foto mesra bersama suaminya, Ude di media sosial.

Izreen berkata, dia bimbang jika perkongsiannya itu akan membuatkan ramai pihak berasa tidak selesa.

"Sesekali tidak mengapa, jangan selalu nanti orang meluat.

"Tak boleh (selalu muat naik) nanti orang kata terlalu mencuba. Kita biar rileks. Biar sesuai dengan umur. Tenang-tenang," jawab Izreen terhadap komen yang ditinggalkan pengikutnya.

Selain komen peminat yang mendoakan agar rumah tangga mereka kekal sehingga ke akhir hayat, terdapat juga komen yang mengatakan wajah mereka begitu seiras.

"Wajah kamu berdua sama," tulis seorang pengikut.

"Romantik sangat. Muka sama, moga kekal sampai syurga," komen seorang pengikut.

Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid pada Ogos 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2022 @ 7:39 AM