HAEL ditemani kumpulan Dolla mendendangkan lagu raya istimewa.
HAEL ditemani kumpulan Dolla mendendangkan lagu raya istimewa.
Zaara Talita


SEPERTI tradisi setiap tahun, penyanyi dan komposer popular Hael Husaini tampil dengan buah tangan terbaharu sempena Aidilfitri.

Lagu raya ciptaan Hael sering kali berbeza dan menarik perhatian ramai dengan keunikan tersendiri.

Sebelum ini Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi, 34, pernah menarik perhatian khalayak apabila muncul dengan lagu raya berjudul Bersyukur Seadanya.

Tahun ini buat pertama kalinya, Hael tidak lagi berseorangan mendendangkan lagu raya, sebaliknya dia ditemani kumpulan Dolla menerusi single raya istimewa berjudul Suara Lebaran Kita.

"Jika sebelum ini lagu raya saya selalunya keseorangan, tetapi kali ini saya hendak berteman pula.

"Oleh itu, saya menyapa Dolla di media sosial dan mereka memberi respons baik dan terus saya mengajak mereka ke studio.

"Lagu ini saya ciptakan bersama-sama Ezra Kong dan kami ada memasukkan elemen K-pop yang sinonim dengan Dolla. Namun, ia 'dimelayukan' dan pendengar perlu mendengarnya sendiri," katanya.

Bercerita lanjut mengenai lagu raya rancak dalam nuansa pop dansa itu, Hael berkata, walaupun Suara Lebaran Kita mempun

yai 'rasa' yang moden, namun masih mengekalkan bunyi kemeriahan sambutan Aidilfitri.

Biarpun sibuk dengan kepadatan jadual kerja, kumpulan Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya juga sebenarnya enggan melepaskan peluang bekerjasama dengan Hael.

Sebagai pendatang baharu dunia muzik, Syasya menyifatkan peluang keemasan sebegini jarang-jarang berlaku, apatah lagi apabila pelawaan terbabit datangnya daripada Hael sendiri.

LAGU Suara Lebaran Kita adalah usaha sama dua label syarikat rakaman terkenal iaitu Rocketfuel Entertainment dan Universal Music Malaysia.
LAGU Suara Lebaran Kita adalah usaha sama dua label syarikat rakaman terkenal iaitu Rocketfuel Entertainment dan Universal Music Malaysia.

"Sudah tentunya kami sangat teruja dan terkejut apabila penyanyi sehebat Hael ingin bekerjasama dengan Dolla.

"Single raya ini adalah lagu raya kedua daripada Dolla selepas lagu Raya Raya Raya tahun lalu dan ini pertama kali kami bekerjasama dengan penyanyi lain," katanya.

Menceritakan pengalaman merakam Suara Lebaran Kita di studio bersama Hael dan Ezra, Sabronzo berkata, prosesnya berjalan dengan mudah walaupun menyanyikan lagu yang berbeza genre daripada kebiasaan.

"Kami mudah bekerja dengan Hael dan Ezra kerana ada keserasian, proses rakaman di studio cuma mengambil masa kira-kira lima jam.

"Walaupun lagu ini agak berbeza dengan genre yang biasa kami bawakan, namun melodinya mengasyikkan, unik dan

'quirky'," katanya.

Suara Lebaran Kita adalah usaha sama antara dua syarikat rakaman iaitu Rocketfuel Entertainment dan Universal Music Malaysia.

Berbeza dengan lagu raya sedia ada, Suara Lebaran Kita menceritakan mengenai perasaan orang ramai yang mendambakan kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama keluarga dan teman seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

Justeru, Hael dan Dolla mengharapkan lagu yang dilancarkan menerusi semua platform digital, termasuk YouTube sejak 15 April lalu dapat menyuntik kegembiraan sambutan Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia tahun ini.

Hael berkata, dia bersama Dolla mengharapkan peminat mereka sukakan single raya ini kerana mesej kegembiraan dan kebersamaan yang ada di dalamnya.

"Semoga Aidilfitri kali ini memberi 1,000 keberkatan dan makna buat kita semua," katanya.

Peminat kini boleh memuat turun dan mendengar lagu Suara Lebaran Kita menerusi iTunes, Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2022 @ 6:30 AM