Shuib bersama anaknya.
Shuib bersama anaknya.

Kuala Lumpur: Ibu kepada pelakon, pelawak dan penyanyi Shuib, Salamiah Jalani meletakkan beberapa syarat sekiranya ada wanita yang ingin berkahwin dengan anaknya yang juga suami kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Siti Sarah, Salamiah berkata, wanita itu perlu pandai memasak memandangkan menantunya seorang yang rajin memasak.

"Kalau nak kahwin dengan 'daddy' (Shuib), pertama dia mesti kena pandai masak sebab 'daddy' kuat makan. Macam ibu (Sarah) kena masak pukul 2 ke 3 pagi. Sanggup ke, siapa nak kahwin dengan 'daddy'?" katanya.

Dalam video sama, Salamiah juga menjelaskan bahawa dia bukanlah ibu mentua yang menyulitkan keadaan.

"Kena hadap mama, (tapi), mama taklah teruk sangat nak hadap. Kena pandai masaklah sebab Shuib kan kuat makan. Nak jaga hati suami, kena jaga perut dia. Itu sajalah kot," katanya.

Salamiah berkata demikian sebagai menjawab kepada hasrat cucunya yang juga anak kedua Shuib dan Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra yang ingin melihat bapanya berkahwin.

"Amboi, suruh 'daddy' kahwin? Nak mak tiri ke? Berani ke?" soal Salamiah dalam nada bergurau dengan cucunya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 4:19 PM