Neelofa bersama PU Riz semasa majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel terkemuka. FOTO IHSAN WEDLOCX.CO
Neelofa bersama PU Riz semasa majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel terkemuka. FOTO IHSAN WEDLOCX.CO
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui sebak apabila pelakon dan pengacara itu selamat bergelar isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz. 

Nabila berkata, dia bersyukur apabila adik tercinta kini peroleh kebahagiaan yang ditunggu-tunggu.

"Akhirnya Neelofa dapat temui kebahagiaan yang dicari selama ini. Saya sangat sebak apabila dia sudah sah menjadi isteri.

"Adik yang selama ini saya jaga serta teman serumah kini sudah ada satu tanggungjawab baharu. Saya doakan semoga dia juga bahagia macam pasangan lain yang mendirikan rumah tangga," katanya.

Menurut Nabila, dia berharap Neelofa dapat mendidik hati agar bersabar dalam menjalani setiap ujian yang datang.

"Sebagai kakak saya harap dia kuat dan tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabaran. 

"Apa pun masalah yang kalian bakal hadapi, jangan putus asa. Apa yang pentint kena ada antara satu sama lain pada saat susah dan senang," katanya.

Neelofa, 32, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26 di sebuah hotel terkemuka, semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dijemput bagi membacakan khutbah nikah dan tazkirah. 

Neelofa menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada Haris manakala hantaran hanya yang wajib. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 12:13 PM