Agensi

SEORANG peminat bintang Bollywood, Hrithik Roshan mencuri tumpuan ramai apabila menamakan anaknya yang baru dilahirkan dengan nama Hrithik yang turut memiliki lebihan daging di ibu jari sama seperti pelakon itu.

Selain meminati pelakon filem Krrish itu, lelaki yang dikenali sebagai Rishikesh Angom itu juga menamakan bayi lelakinya dengan nama Hrithik kerana dilahirkan dengan ibu jari yang memiliki lebihan daging atau polidaktili.

"Saya adalah peminat Hrithik sejak era Kaho Naa Pyaar Hai. Saya juga menambah huruf 'H' di depan nama saya. Semalam, saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Pagi ini, saya baru tersedar bahawa ada kelainan di bahagian ibu jarinya dan saya ambil keputusan untuk menamakannya sebagai Hrithik," tulisnya.

Hrithik memang dilahirkan dengan memiliki lebihan ibu jari tangan kanannya.

Ciapan Rishikesh di Twitter itu turut disertakan dengan tanda hashtag #BeautifullyImperfect yang membawa maksud ketidaksempurnaan yang indah.

Bersama ciapan itu, lelaki itu juga turut berkongsi foto Hrithik yang digabungkan dengan foto tangan kecil bayinya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 11:58 AM