Zoey Rahman.
Zoey Rahman.
Sudirman Mohd Tahir

 

"INI bukan 'filter' kamera, tapi memang bengkak," kata pelakon dan pengacara, Zoey Rahman mengenai keadaan wajahnya hingga menimbulkan pertanyaan warganet.

Zoey, 35, berkata, bengkak itu adalah kesan bius yang diambil ketika menjalani rawatan menanam rambut yang dibuat lima hari lalu.

Zoey yang juga pelakon drama Mat Rukun mengakui ia perkara biasa dialami bagi individu yang menjalani prosedur itu.

"Ini perkara biasa dan ia kesan bius yang diambil ketika menjalani rawatan tempoh hari. Hari pertama tak rasa apa-apa lagi, tapi hari kedua baru rasa dan nampak kesan bengkak.

"Alhamdulillah, selepas hari kelima bengkak pun semakin berkurang. Sekarang ini, saya tak sabar nak tengok rambut tumbuh," katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai rawatan itu, Zoey berkata, ia tidak haram di sisi Islam seperti yang dipersoalkan ramai pihak.

"Sebelum buat rawatan ini saya sudah rujuk terlebih dahulu. Malah pihak klinik juga menerangkan hukum melakukan rawatan ini.

"Dalam Islam sendiri ia dibenarkan kerana masih menggunakan rambut sendiri. Lainlah kalau dari rambut orang lain, baru ia haram. Tambahan pula, proses rawatan ini tidak memudaratkan atau membatalkan puasa. Jadi, tidak ada apa isu pun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2020 @ 8:41 PM