FASHA Sandha ketika bertunang dengan Aidil Aziz tahun lalu. FOTO Ihsan kaki5photo
FASHA Sandha ketika bertunang dengan Aidil Aziz tahun lalu. FOTO Ihsan kaki5photo
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON, Fasha Sandha, 35, menerusi akaun Instagramnya berkongsi video di IGTV, menunjukkan perbualan antara anaknya dengan tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz.

Dalam perbualan mesej bersuara itu, anaknya, Putra Rayfal, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4 meminta ‘baby’ daripada Aidil.

Mesej itu dibalas dengan mesra oleh Aidil. “Sabar ye, sayang. Sabar, okay?,” kata Aidil ketika diminta untuk memberikan ‘baby’.

Dalam perbualan itu juga, Aidil menerangkan kepada kedua-dua anak Fasha bahawa prosesnya memakan masa sembilan atau 10 bulan dari sekarang.

Video berdurasi empat minit 12 saat itu ditonton lebih 104,000 kali sejak dimuat naik dan menerima hampir 200 komen daripada pengikutnya di Instagram.

FASHA Sandha menunjukkan gambar dia sedang menemani Aidil mengikuti kursus perkahwinan dan paparan nota suara perbualan Aidil dengan anaknya. FOTO Ihsan Fasha Sandha
FASHA Sandha menunjukkan gambar dia sedang menemani Aidil mengikuti kursus perkahwinan dan paparan nota suara perbualan Aidil dengan anaknya. FOTO Ihsan Fasha Sandha

Fasha ketika dihubungi memaklumkan, dia kini sedang menemani Aidil mengikuti kursus perkahwinan dan mengirimkan sekeping gambar menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Fasha memberitahu bahawa dia dan Aidil melakukan persiapan secara sederhana menjelang majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada penghujung Mac nanti.

Sebelum itu, pasangan selebriti itu mengikat tali pertunangan pada November 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 3:25 PM