GAMBAR dan status dimuat naik di IG Zahirah dan Aiman.
GAMBAR dan status dimuat naik di IG Zahirah dan Aiman.
Sudirman Mohd Tahir


“SEKARANG dan selamanya, Insya Allah,” tulis pelakon Zahirah Macwilson dengan meletakkan gambar bersama pelakon, Aiman Hakim Ridza di Instagramnya.

Ia sekali gus seakan-akan mengesahkan hubungan yang terjalin antara mereka.

Menguatkan lagi dakwaan Zahirah dan Aiman sedang bercinta apabila Aiman turut memuat naik status sama di IGnya.

“Nombor bermula dengan 123, muzik bermula dengan Do-Re-Mi, huruf bermula dengan A dan berakhir dengan Z.

“Jadi, faktanya di situ antara kau dan aku,” tulis Aiman.

Menerusi gambar dimuat naik pasangan itu, masing-masing meletakkan #zahirAH iaitu Zahirah dan Aiman Hakim (AH).

Gambar dimuat naik Aiman itu mendapat lebih 2,000 komen dan lebih 73,000 ’like’.

Sebelum ini, Zahirah pernah bercinta dengan pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin dan Aiman pula dengan pelakon Fatiya Latiff.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Disember 2018 @ 10:40 AM