KHAI Bahar. FOTO Arkib NSTP
KHAI Bahar. FOTO Arkib NSTP
Georgie Joseph


PENYANYI Khai Bahar sangat terharu dengan sokongan berterusan peminatnya apabila unggul memenangi trofi Ikon Media Sosial dan Artis Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2018 (APM2018), semalam.

Khai, 24, berkata dia tidak menyangka berjaya meraih 17 trofi untuk pelbagai acara pengiktirafan dalam tempoh dua tahun bergelar penyanyi.

“Syukur Alhamdulillah, buat KBE, KBspore, IKBindonesia, KBOFChongkong, KBFCbn dan semua peminat, anda semua sangat ‘awesome’ sehingga saya menang dua lagi trofi di APM2018.

“Ini adalah trofi ke-17 sejak saya bergelar artis bermula April 2016 yang lalu. Terima kasih kepada setiap individu yang sentiasa menyokong saya secara langsung atau tidak langsung.

“Tidak dilupakan kepada semua pihak media massa, media elektronik, stesen radio, TV dan penganjur. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki dan memberkati kita semua... Amin,” katanya.

Khai membuktikan dia terus unggul apabila memenangi kategori Artis Paling Popular pada acara berlangsung di MES Theatre di Mediacorp, Singapura selama dua tahun berturut-turut.

Acara yang menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia itu menghimpunkan serta memberi pengiktirafan kepada artis dari ketiga-tiga negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 11:58 AM