Pemain Malaysia, Norsyafiq Sumantri (dua kanan) diasak tiga pemain China dalam perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan Hoki Remaja Asia 2015 di Kompleks Hoki Wisma Belia. FOTO Luqman Hakim Zubir

Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuantan: Skuad Projek 2016 menewaskan China 5-1 pada perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan saingan Piala Remaja Asia di Stadium Hoki Wisma Belia, di sini, petang tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Arul Selvaraj akan beraksi pada perlawanan penentuan tempat ke-5/6 bertemu Bangladesh esok.

Shahril menyumbang gol pertama pada minit ke-41 selepas menerima hantaran cantik dari Nik Mohd Aiman Nik Rozemi sebelum menambah gol kedua, juga menerusi jaringan padang minit ke-52.

Bagaimanapun China berjaya merapatkan jurang selepas E Wenlong menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-53.

Penyerang negara Muhd Azwar Abd Rahman menambah gol ketiga hasil jaringan padang minit ke-56 selepas menerima hantaran cantik dari Shahril.

Shahril kemudian meledak hatrik minit ke-64 sebelum Syed Syafiq menambah gol kelima minit ke-67.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 7:57 PM