MUKA dan kaki Nina Amanda dipenuhi kesan lebam dan calar akibat dipukul kanak-kanak di taska.
MUKA dan kaki Nina Amanda dipenuhi kesan lebam dan calar akibat dipukul kanak-kanak di taska.
Oleh Khairul Hamizy Ramlee


Kuala Terengganu: Seorang bayi berusia tiga bulan dimasukkan ke wad selepas mukanya dipenuhi kesan lebam dipercayai digigit dan dipukul kanak-kanak di bawah jagaan sebuah taska di bandar raya ini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Nina Amanda Kamarul Anuar dikatakan dipukul seorang kanak-kanak berusia lebih setahun hingga lebam di muka.

Bapanya, Kamarul Anuar Mamat, 34, berkata, dia kecewa dengan pengasuh di pusat jagaan berkenaan yang tidak mengasingkan anaknya daripada kanak-kanak lain di taska terbabit.

Menurutnya, melihat keadaan muka anaknya dipenuhi kesan lebam itu, dia mengesyaki anaknya dipukul lama oleh kanak-kanak lain, namun tidak diendahkan pengasuh kerana menyangka ia tangisan biasa.

Katanya, dia mengetahui kejadian itu selepas pengasuh taska berkenaan menghubungi isterinya, Norita Kamilah Mamat, 34, yang memberitahu muka anaknya digigit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 5:44 AM