Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dianggap sebagai pengecut kerana berselindung di sebalik jawatannya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menarik diri dari debat yang dicadangkan olehnya sendiri.

Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menegaskan, selepas melakukan desakan secara agresif dan peribadi termasuk menggunakan ayat-ayat ejekan namun akhirnya menarik diri.

"Sekarang Yang Berhormat (YB) Rafizi Ramli ditawarkan untuk menggantikannya, mengapa bukan YB Rafizi menggantikannya dalam PAC.

"Jelas bahawa cabaran itu hanyalah bermotifkan politik semata-mata," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum itu, pakatan pembangkang mengumumkan Ahli Parlimen Pandan itu sebagai pengganti Pua.

Terdahulu Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan debat itu dibatalkan kerana Pua adalah ahli PAC dan Arul Kanda pula adalah saksi dalam siasatan kes 1MDB yang dijalankan oleh jawatankuasa itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 8:13 PM