KERWIN (belakang) dan Fadhly meraikan kejayaan empat pasukan terbaik kategori B-16.
KERWIN (belakang) dan Fadhly meraikan kejayaan empat pasukan terbaik kategori B-16.
Oleh Mohd Badlishah Mohd Ali

Seberang Prai: Kegagalan pada sirkit Perlis dan Kedah tidak menghalang SMK Pendang GMEE mencipta kejayaan selepas mengalahkan pasukan dari Pantai Timur Primer FC B 2-1 pada final Karnival Futsal Milo Hidup Bola kategori bawah 16 tahun di Safira Sport Planet, Pulau Pinang, hujung minggu lalu.

Sebelum itu skuad kendalian Mohd Safarin Shaari itu melangkah ke final selepas mengalahkan TJJ FC 2-1 pada aksi separuh akhir manakala Primer FC B memadam impian SMK Guar Perahu A 2-0.

Kategori B-12 diungguli pasukan Perda Hawk FC selepas mengatasi cabaran Aboy Junior 4-3.

Sebelum itu pada saingan separuh akhir Perda Hawk FC dipaksa bekerja keras oleh TFB A sebelum menang tipis 1-0 seterusnya berjaya melangkah ke final manakala Aboy Junior mengalahkan Nibong Junior 2-0.

Juara peringkat negeri menerima RM800, pingat serta barangan Milo-Figos manakala naib juara menerima RM600, pingat dan barangan Milo-Figos. Kedudukan ketiga bersama masing-masing menerima RM400.

SMK Pendang GMEE FC, Primer FC B, Perda Hawk FC dan Aboy Junior akan membawa cabaran Pulau Pinang pada Grand Final di Ampang Sport Planet, Kuala Lumpur pada 6 Disember ini.

Hadiah disampaikan Eksekutif Pemasaran Nestle Product Sdn Bhd, Kerwin Lim sambil diiringi Ahmad Fadhly Shah Indragunawan.

Siri ke-12 KFMHB akan diadakan Sabtu ini di Terengganu diikuti Pahang (14 November) dan Selangor (21 November).

Maklumat lanjut kejohanan sila layari www.milo.com.my atau hubungi Nik Muhd Radzi di talian 019-3519934 atau Zack 019-9444334.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 7:53 AM