PEMAIN Stylo Mylo bergambar kenangan bersama hadiah dimenangi.
PEMAIN Stylo Mylo bergambar kenangan bersama hadiah dimenangi.
Mohd Sah Muda

Mersing: Stylo Mylo Johor Bahru mengungguli Kejohanan Bola Sepak Piala Monsun Antarabangsa Bawah 12 Tahun 8 Sebelah kategori Perdana selepas mengalahkan Kluang A 1-0 di padang SK Sri Mersing, Johor baru-baru ini.

Pada separuh akhir Stylo Mylo mengalahkan Gabungan Pusat Latihan (GPL) Ledang 1-0, manakala Kluang A mengalahkan GPL Johor Bahru 2-0.

Berikutan kemenangan itu Stylo Mylo membawa pulang wang tunai RM700 dan medal manakala Kluang A menerima RM500 serta medal.

GPL Ledang selaku tempat ketiga membawa pulang RM400 dan medal selepas mengalahkan GPL Johor Bahru 1-0 yang menerima RM300 serta medal.

Jurulatih Stylo Mylo Jefri Anak Todeng berkata, pasukannya mempunyai ramai pemain berusia 9 hingga 12 tahun dalam kalangan pelajar sekolah rendah sekitar Johor Bahru.

Sementara itu, Penyelaras Kejohanan Khairuddin Yaacob berkata sebanyak 12 pasukan menyertai pertandingan yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

Menurutnya, selain pasukan daerah dari seluruh Johor, pihaknya mengundang pasukan dari MSS Pahang untuk menyertai kejohanan itu bagi memeriahkan suasana kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 7:44 AM