PASUKAN penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari tanah runtuh.
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari tanah runtuh.
Agensi

Karachi: Seramai 13 orang termasuk tujuh kanak-kanak mati dihempap tanah runtuh yang memusnahkan kediaman mereka ketika semuanya sedang tidur, awal pagi semalam.

Mangsa daripada tiga keluarga itu tinggal di atas tanah di kaki bukit di Gulistane Jauhar.

Seorang mangsa dipercayai bayi perempuan berusia enam bulan. Saudara-mara keluarga terbabit berkumpul di tempat kejadian ketika anggota penyelamat menarik keluar semua mayat.

Pegawai polis kanan, Javed Jaskani berkata: “Selepas usaha mencari selama lima jam, kami berjaya menemui 13 mayat di bawah himpunan batu dan pasir.”

Katanya, mereka pada mulanya menggunakan cangkul dan penyodok untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat sebelum akhirnya terpaksa menggunakan jentera.

Javed berkata, polis akan mengadakan siasatan bersama pentadbiran bandar untuk memastikan punca kejadian. Dia bagaimanapun, menolak kemungkinan wujud unsur jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 8:36 AM