LOKE ditahan polis. FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
LOKE ditahan polis. FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Foke dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai antara 15 individu ditahan polis pagi ini ekoran menghalang tugas pihak berkuasa merobohkan rumah di Kampung Ulu Temiang, di sini.

Sumber berkata, Loke yang juga Pengerusi DAP negeri ditahan selepas mengadakan kekecohan berhubung tindakan menghalang pembeli tanah baru kampung membawa jengkaut untuk merobohkan kediaman.

Katanya, 15 individu berkenaan termasuk 13 penduduk enggan keluar rumah sebelum ditahan pada 8.25 pagi.

"Dalam kekecohan ini, ratusan penduduk mengadakan demonstrasi menghalang kerja merobohkan kediaman terbabit," katanya.

Turut berada di lokasi adalah Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 12:41 PM