NOOR Hashim (dua kiri) menunjukkan peralatan pecah kenderaan dan rumah yang dirampas. FOTO Rudy Fazrunisyam Samarudin
NOOR Hashim (dua kiri) menunjukkan peralatan pecah kenderaan dan rumah yang dirampas. FOTO Rudy Fazrunisyam Samarudin
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin


Nusajaya: Polis Daerah Nusajaya menumpaskan dua geng curi kenderaan dan pecah rumah selepas menangkap 15 individu dalam Ops Lejang minggu lalu.

Turut dirampas 10 kereta, dua motosikal dan sebuah lori serta pelbagai peralatan pecah kenderaan dan rumah.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintenden Noor Hashim Mohamad berkata, suspek berusia 20 hingga 41 tahun itu terdiri daripada Geng Kasturi dan Geng Badang.

Katanya kedua-dua geng berkenaan aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah ini dan kawasan berhampiran sejak enam bulan lalu.

"Semua yang ditahan termasuk dalang positif dadah jenis syabu dan ada di antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes curi dan dadah.

"Tumpasnya dua geng itu polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 27 kes curi kenderaan di daerah ini," katanya dalam sidang media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 1:52 PM