ANGGOTA bomba di lokasi mayat ditemui di dalam tong dram di USJ1. FOTO Mohd Yusni Ariffin
ANGGOTA bomba di lokasi mayat ditemui di dalam tong dram di USJ1. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Subang Jaya: Mayat belum dikenal pasti identiti yang dijumpai di USJ1, pagi tadi difahamkan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses pengecaman identiti dan bedah siasat.

Mayat itu dipercayai diikat sebelum disimen di dalam tong dram di USJ1 berhampiran Persiaran Subang Mewah, di sini.

Terdahulu,sepasukan anggota polis Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dilihat berada di USJ1, Subang Jaya sejak 6 pagi tadi.

Laluan terbabit turut ditutup kepada orang awam kira-kira 500 meter dari jalan utama.

Kes ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Berita berkaitan:

> Jumpa mayat disimen dalam tong dram: http://hmtro.com/1KevWoU

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 10:53 AM