Kelancangan mulut aktres Kangana Ranaut menyakitkan hati ramai orang di Bollywood termasuk aktres, Divya Dutta.

Kangana yang sememangnya mendapat perhatian utama di Bollywood sekarang dengan sewenang-wenangnya merendah-rendahkan pelakon lain. Dia bercakap, seolah-olah dia saja yang bagus.

Divya sangat terkejut dengan mulut celupar Kangana yang berbunyi, “Saya bermula sebagai pelakon gred B dan sekarang saya adalah pelakon nombor satu di negara ini (India) sedangkan kerjaya pelakon lain tidak berkembang langsung.”

Jadi Divya membalas semula menerusi laman Twitternya dengan berkata, “Adakah benar dia bercakap macam itu? Dia juga sebenarnya hanya bernasib baik kerana dapat tawaran yang bagus pada masa yang betul.

Dia sepatutnya bersyukur kerana dia yang terpilih daripada ramai pelakon lain.

Saya berasa Kangana kena fikir semula secara serius apa yang dikatakannya pada artis lain, tidakkah anda semua fikir begitu?

Ramai yang bersetuju dengan tindakan Divya membalas semula tuduhan Kangana dan mereka suka dengan cara Deepika Padukone, Priyanka Chopra, Alia Bhatt dan Kareena Kapoor yang selalu merendah diri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 5:00 AM