Guatemala City: Bekas presiden Guatemala, Otto Perez Molina menghabiskan malam pertamanya selepas meletak jawatan itu dalam tahanan tentera susulan siasatan rasuah dan penipuan terhadapnya.

Peletakan jawatan Molina, 64, Rabu lalu disusuli pelantikan Naib Presiden Alejandro Maldonado untuk meneruskan baki khidmatnya sebagai presiden.

Sebaik mengangkat sumpah jawatan kelmarin, Maldonado mengarahkan menteri dan pegawai tinggi turut meletak jawatan supaya dia boleh membentuk kerajaan peralihan dan menjanjikan pentadbiran yang lebih jujur dan inklusif.

Drama politik itu mencapai kemuncak pada minggu ini apabila Molina dilucutkan imuniti pendakwaan, diasingkan anggota utama Kabinet selain bekas naib presidennya dibicarakan, beberapa hari sebelum pilihan raya yang dijadualkan Ahad ini.

Molina - presiden pertama Guatemala yang meletak jawatan - didakwa di mahkamah atas tuduhan terbabit dalam skandal rasuah dengan ahli perniagaan bagi mengelak dikenakan cukai melalui agensi kastam negara itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:04 AM