Oleh Mohd Hasbi Sidek

Kapar: Lima pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam serbuan di dua premis pusat hiburan di sekitar Klang, di sini malam tadi.

Operasi yang bermula jam 11 malam itu diketuai Pegawai Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara Mohd Anuar Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Nor Omar Sappi berkata, dalam pemeriksaan di dua premis berkenaan pihaknya menahan lima warga asing berusia 20 hingga 30-an dipercayai GRO.

"Mereka terdiri daripada dua warga China dan tiga dari Vietnam.

"Kelima-limanya ditahan kerana tiada permit kerja yang sah.

"Turut ditahan dua lelaki tempatan di kedua-dua premis itu untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 12:08 PM