REKAAN kurta dan jubah dari Darwish Rich Design.
REKAAN kurta dan jubah dari Darwish Rich Design.
REKAAN kurta dan jubah dari Darwish Rich Design.
REKAAN kurta dan jubah dari Darwish Rich Design.
REKAAN kurta dan jubah dari Darwish Rich Design.
REKAAN kurta dan jubah dari Darwish Rich Design.
REKAAN kurta dan jubah dari Darwish Rich Design.
REKAAN kurta dan jubah dari Darwish Rich Design.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Mahu menampilkan rekaan berbeza, butik Darwish Rich Design memperkenalkan kurta serta jubah bayi dan kanak-kanak lelaki yang sudah pasti akan membuatkan si comel kelihatan bergaya.

Lebih menarik, jenama berkenaan turut menawarkan tempahan jubah untuk bapa yang mahu tampil menerusi persalinan sama dengan anak lelaki masing-masing

Menurut pengasas jenama itu, Nurul Huda Othman, dia mula terfikir untuk menghasilkan rekaan berkenaan sewaktu mencari jubah sesuai untuk bayi lelakinya, selain tidak tertarik dengan rekaan yang ada di pasaran.

Ketika tercari-cari jubah untuk bayi lelakinya, rata-rata rekaan menampilkan warna kusam seperti hitam dan coklat, membuatkan dia rasa tidak sesuai untuk digayakan kanak-kanak kecil.

“Melihatkan pilihan jubah kanak-kanak lelaki yang terhad di pasaran selain rekaan dan warna yang tidak menarik, saya mendapat idea menghasilkan sendiri rekaan untuk digayakan anak saya.

“Kemudian saya menghasilkan beberapa rekaan jubah untuk kanak-kanak lelaki bagi usia baru lahir hingga enam tahun dan meletakkannya di Facebook.

“Tidak disangka-sangka, jubah berkenaan mendapat perhatian dan permintaan yang menggalakkan membuatkan saya lebih bersemangat terus menghasilkan rekaan menarik,” katanya.

Mementingkan kain lembut seperti kapas demi keselesaan bayi dan kanak-kanak kecil, Nurul Huda membuat rekaan sendiri termasuk potongan V pada leher atau leher bulat yang lembut, supaya bayi rasa sentiasa nyaman dan selesa pada bahagian leher mereka.

Dia juga memastikan setiap rekaan kurta dan jubah bayi lelaki bukan hanya selesa, tetapi juga menampilkan ciri moden dan warna ceria, supaya boleh diterima pelanggan dan membuatkan si kecil kelihatan comel.

“Setiap empat bulan sekali, jenama ini mengeluarkan rekaan terbaru dengan warna ceria seperti biru, kuning dan oren, selain menampilkan campuran bahan kain.

“Selain kurta biasa, saya juga menghasilkan rekaan kurta bersama seluar sebagai satu kelainan rekaan daripada jenama Darwish Rich Design,” katanya yang turut mendapat sokongan padu daripada suaminya, Muhammad Mustaqim Mustapha.

Menjadikan anaknya, Muhammad Qaid Darwish sebagai sumber inspirasi rekaan kurta dan jubah kanak-kanak lelaki, Nurul Huda turut membuka tempahan kepada bapa yang mahu tampil dalam persalinan sama dengan anak mereka.

Bagi kurta dan jubah kanak-kanak lelaki, jenama itu menghasilkan tiga koleksi iaitu premium, pelikat dan polo pada harga antara RM65 hingga RM85.

Bagi koleksi kurta dan jubah bapa yang perlu ditempah terlebih dulu, ia dijual pada harga antara RM160 hingga RM190 mengikut saiz badan.

Koleksi unik kurta dan jubah kanak-kanak lelaki itu boleh didapati melalui laman Instagram/darwishrichdesign, Facebook/ darwishrichdesign dan www.darwishrichdesign.com.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:00 AM