Keadaan sebahagian daripada  wang tunai 6.5 bilion, dana kerajaan untuk penduduk miskin di Papua yang terbakar. - Foto Reuters
Keadaan sebahagian daripada wang tunai 6.5 bilion, dana kerajaan untuk penduduk miskin di Papua yang terbakar. - Foto Reuters
Anggota penyelamat menggeledah serpihan pesawat ATR 42-300 bagi mencari kemungkinan ada anggota badan mangsa. - Foto  AFP
Anggota penyelamat menggeledah serpihan pesawat ATR 42-300 bagi mencari kemungkinan ada anggota badan mangsa. - Foto AFP
Anggota penyelamat berdiri berdekatan deretan mayat mangsa nahas pesawat ATR 42-300 Trigana Air Service Indonesia yang terhempas di Papua, bersedia untuk dibawa turun menggunakan jalan darat. - Foto Reuters

Jayapura: Enam mayat daripada 54 mangsa nahas pesawat ATR 42-300 Trigana Air Service Indonesia yang terhempas di pergunungan Papua sudah dikeluarkan dan dihantar ke pekan Oksibil.

Jurucakap tentera tempatan, Pudji Teguh Rahardjo, berkata 11 mayat lagi sedang dibawa keluar menggunakan jalan darat menuruni lereng gunung dan lebih 300 orang terbabit dalam operasi itu.

Menurutnya, selepas semua mayat berjaya dikeluarkan, ia akan diterbangkan ke bandar utama Papua, Jayapura.

Pasukan penyelamat mahu menggunakan helikopter untuk mengangkut mayat berkenaan tetapi angin kencang serta cuaca buruk membahayakan keadaan.

“Dalam keadaan cuaca sekarang mustahil untuk menggunakan helikopter, jadi kami terpaksa menggunakan jalan darat,” kata Rahardjo.

Pasukan penyelamat yang mengambil masa dua hari untuk sampai ke lokasi nahas yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Oksibil, menemui pesawat ATR 42-300 itu berkecai dengan kesan hutan terbakar di tempat kejadian berserta mayat rentung.

Mereka juga menemui kotak hitam pesawat dan sebahagian daripada wang tunai 6.5 bilion, dana kerajaan untuk penduduk miskin di Papua. Sebahagian lagi wang itu terbakar.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Jayapura ke Oksibil yang mengambil masa 45 minit sebelum ia terputus hubungan kira-kira 10 minit sebelum mendarat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 4:57 PM