PRESIDEN Samsung JK Shin memegang S6 edge plus (kiri) dan Note5.
PRESIDEN Samsung JK Shin memegang S6 edge plus (kiri) dan Note5.
AKSESORI tambahan seperti papan kekunci turut diperkenalkan.
AKSESORI tambahan seperti papan kekunci turut diperkenalkan.
EVOLUSI Note.
EVOLUSI Note.
NOTA boleh ditulis meskipun dalam mod tutup.
NOTA boleh ditulis meskipun dalam mod tutup.
S6 edge plus dengan skrin besar.
S6 edge plus dengan skrin besar.
S Pen lebih mekanikal.
S Pen lebih mekanikal.
TULISAN nota lebih terperinci.
TULISAN nota lebih terperinci.
CAS tanpa wayar.
CAS tanpa wayar.
Oleh Afiq Hanif

(Yang mengikuti pelancaran gajet Samsung di New York, Amerika Syarikat)

Tanpa bateri boleh cabut dan slot kad mikroSD yang menjadikan Samsung kuasa besar pengeluar telefon pintar khususnya phablet pada dua peranti terbaru Galaxy Note5 dan S6 edge plus agak mengejutkan.

Meskipun seminggu sebelum pelancarannya di New York, Amerika Syarikat, penulis sudah membayangkan ciri kedua-duanya dihapuskan dalam pelbagai pendedahan media utama, tidak dijangkakan Samsung benar-benar menjadikannya realiti.

Persoalan utama terutama kepada model kuasa besar, Note, adakah selepas versi kelima penggunanya masih kekal mempercayai­nya sebagai telefon pilihan utama?

Di Malaysia, Note menjadi pilihan pengguna. Rata-ratanya berdasarkan empat ciri utama iaitu skrin besar, S Pen, memori yang banyak dibantu slot kad mikroSD dan bateri tahan lama serta boleh tukar.

Apabila dua ciri terbabit kini tiada dalam Note5, pengguna tegar Samsung mungkin sedikit kecewa, namun dipercayai masih kekal percaya kepada syarikat Korea terbabit seterusnya mengekalkannya sebagai pengeluar telefon nombor satu.

Tidak kisah apa yang berlaku kepada dua ciri terbabit, Samsung masih mampu menampilkan produk menarik kepada pengguna.

Note5 kali ini lebih nipis dan lebih kecil berbanding Note 4 dan ia jelas dapat dilihat pada bahagian belakangnya yang mempunyai lengkungan di kiri dan kanan.

Samsung juga mengubah angin dengan memperlihatkan rekaan gelas pada bahagian belakang berbanding kulit seperti Note 4.

S Pen pula kekal memperoleh perubahan ketara daripada versi pertama hingga Note5. Sebelum ini, anda perlu menariknya keluar dengan kuku, tetapi dengan Note 5 sudah pasti anda seakan-akan sedang memegang ‘ballpen’ biasa.

Kaedah mekanikal diperkenalkan apabila pengguna hanya perlu menekan butang di belakang S Pen yang ditempatkan di bahagian bawah telefon dan ia akan keluar sendiri dengan sistem seperti spring.

Lebih peka dan sensitif. Itulah yang boleh digambarkan pada S Pen kali ini apabila anda mungkin seolah-olah menulis di atas kertas biasa.

Satu fungsi baru pula menyaksikan S Pen boleh menulis di atas skrin Note5 meskipun skrin berada dalam mod tutup. Tidak perlu membuka aplikasi tertentu dan ia terus terpampang sebelum boleh disimpan.

S Pen juga boleh digunakan untuk fail format PDF tanpa perlu memindahkannya terlebih dulu kepada format lain yang kemudian boleh dihantar semula menerusi e-mel.

Manakala fungsi ‘Air Command’ yang menjadikan S Pen bertindak seperti tetikus dengan penambahan fungsi aplikasi sendiri dalam senarai lima aplikasi utama apabila ia diaktifkan.

Ciri lain menyaksikannya kekal dengan skrin 5.7 inci Super AMOLED Quad HD. Ia menggunakan bateri 3000mAh tetapi boleh dicas lebih pantas.

Kamera utama Galaxy Note5 pula 16 megapiksel dilengkapi OIS manakala kamera depan 5megapiksel sama seperti Note 4.

Menariknya, pengguna Malaysia memperolehnya awal apabila ia siap dijual pada awal September nanti dengan pilihan warna emas, putih, hitam dan perak.

Pada pelancaran yang digelar Unpacked 2015 itu, Samsung turut melancarkan S6 edge plus. Betul, anda mungkin membayangkan Samsung sekadar berpuas hati dengan S6 edge namun kali ini saiz skrinnya ditambah kepada 5.7 inci sama seperti Note5.

Skrin lengkung pada S6 edge plus masih mempunyai lebih fungsi berbanding S6 edge sebelum ini.

Kali ini, pengguna bole memaparkan hubungan di skrin sisi seakan aplikasi khas.

Skrin sisi pula boleh diaktifkan pada bila-bila masa di ‘lock screen’, ‘home screen’ atau ‘apps drawer screen’.

Galaxy S6 edge pula mempunyai RAM 4GB jenis LPDDR4 yang beroperasi pada Exynos octa core 14nm.

Storan dalamannya bermula dari 32GB dan seperti Note5, tiada pilihan setoran tambahan mikroSD.

Ia juga menyamai ciri Note5 apabila baterinya berkapasiti 3000mAh yang dilengkapi pengecasan pantas iaitu 90 minit untuk bateri penuh.

Selain itu, ia mempunyai ciri sama apabila mampu merakam foto pada resolusi 16MP lengkap dengan fokus auto, OIS dan flash LED.

Manakala kamera depannya 5MP siap dengan fungsi ‘wide-selfie’. Sama seperti S6 edge, ia mempunyai pengimbas jari pada butang Home dan sensor pengesan denyutan nadi di belakang.

Kedua-dua Note5 dan S6 edge plus akan hadir dengan dua slot kad SIM jadi berita baik kepada pengguna yang mempunyai dua nombor berlainan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 10:32 AM