SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menunggang motosikal bersama peserta konvoi memulakan perjalanan pada hari pertama Kembara Mahkota Johor 2015 selepas dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Laman DiRaja Pontian. FOTO Zain Ahmed

Oleh Mary Victoria Dass

Pontian: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat mencemar duli merasmikan gimik pelepasan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 di Laman Diraja Pontian, di sini, pagi tadi.

Baginda ditemani Raja Permaisuri Johor, RajaZarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail bersama isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam dan puteri sultan, Tunku Aminah.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan exco kerajaan negeri.

KMJ bermula hari ini akan menjelajah kesemua daerah seluruh Johor hingga Khamis ini.

Menerusi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015, penduduk bukan saja berpeluang mengenali lebih rapat Sultan Ibrahim yang terkenal dengan sikap ramah dan berjiwa rakyat malah menjayakan beberapa acara diatur bersama baginda.

Bersesuaian dengan tema KMJ siri ke-18 dan diadakan sejak 15 tahun iaitu Muafakat Bangsa Johor, program ini mampu membawa pelbagai keberkatan bagi penduduk.

Golongan kurang berkemampuan dan di kawasan pedalaman menjadi fokus utama program ini.

Perasmian penutupan KMJ 2015 akan diadakan di Hutan Bandar di Taman Mutiara Rini di Skudai di sini pada 3 petang, Khamis ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 10:12 AM