New Delhi: Dua kereta api penumpang tergelincir ketika melalui jambatan di tengah India yang tenggelam akibat banjir menyebabkan sekurang-kurangnya 24 mati dan ramai lagi cedera, pagi tadi.

Kereta api Ekspres Kamayani dalam perjalanan ke Mumbai apabila ia tergelincir berhampiran bandar Harda di Madhya Pradesh, manakala Ekspres Janata dalam perjalanan arah bertentangan apabila ia tergelincir tidak lama kemudian.

Kereta api itu melintas jambatan merintangi Sungai Machak Sungai, kira-kira 950 kilometer di selatan New Delhi tanpa menyedari banjir sudah meruntuhkan landasan.

Menurut pegawai kereta api India, Anil Saksena, enam gerabak dan kepala Ekspres Kamayani tergelincir manakala empat gerabak Ekpres Janata tergelincir.

Sekurang-kurangnya dua gerabak tenggelam separuh dalam sungai dan pasukan penyelamat berjaya menyelematkan lebih 250 penumpang.

Pegawai kereta api di Bhopal, bandar utama Madhya Pradesh, Bijendra Kumar, berkata 24 mayat sudah ditemui dan seorang cedera parah.

Menurutnya, kerja menyelamat dan memperbaiki landasan dipercepatkan bagi membolehkan puluhan kereta api meneruskan perjalanan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 4:57 PM