Oleh Isma Ismail dan Zatul Iffah Zolkiply

Besut: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tertarik dengan konsep pendidikan ulul albab yang dijalankan di Terengganu.

Menurutnya, konsep berkenaan boleh menjadi satu tamadun Islam yang berjaya.

Katanya, menjadi tamadun Islam yang berjaya boleh membuatkan sesebuah negeri atau negara setanding dengan negara maju lain.

"Apabila sudah setanding, negara maju lain tidak lagi boleh memperlekehkan kita," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis Perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Pelancaran Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab, di sini, petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 8:18 PM