ANGGOTA polis DRC mengutip sisa mayat seorang lelaki yang dibakar  oleh sekumpulan penduduk di Beni, di utara negara itu, semalam.
ANGGOTA polis DRC mengutip sisa mayat seorang lelaki yang dibakar oleh sekumpulan penduduk di Beni, di utara negara itu, semalam.

Beni (Republik Demokratik Kongo) : Sekumpulan penduduk merejam seorang lelaki muda dengan batu hingga mati di bandar ini sebelum membakar dan memakan mayatnya.

Menurut saksi, kejadian itu adalah tindak balas terhadap beberapa siri serangan yang dilakukan militan pemberontak Uganda.

Kejadian di bandar di tenggara Republik Demokratik Kongo (DRC) ini menyusuli beberapa serangan di kawasan berkenaan yang didakwa dilakukan kumpulan ADF-NALU.

Kumpulan berkenaan dipercayai bertanggungjawab membunuh lebih 100 orang di sekitar bandar berkenaan bulan lalu.

Saksi berkata, lelaki itu yang tidak dikenali, berada di dalam sebuah bas apabila dia disyaki pengganas kerana tidak boleh berbahasa Swahili, bahasa tempatan, selain membawa parang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 6:35 AM