ANTARA koleksi The Blooming & Luxe.
ANTARA koleksi The Blooming & Luxe.
ANTARA koleksi The Blooming & Luxe.
ANTARA koleksi The Blooming & Luxe.
ANTARA koleksi The Blooming & Luxe.
ANTARA koleksi The Blooming & Luxe.
ANTARA koleksi The Blooming & Luxe.
ANTARA koleksi The Blooming & Luxe.
ANTARA koleksi The Blooming & Luxe.
ANTARA koleksi The Blooming & Luxe.
RIZMAN (kiri) dan Ruzaini bersama antara koleksi The Blooming & Luxe yang boleh didapati di rangkaian Tesco.
RIZMAN (kiri) dan Ruzaini bersama antara koleksi The Blooming & Luxe yang boleh didapati di rangkaian Tesco.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Pastinya setiap wanita teruja tampil menawan pada pagi lebaran terutamanya dengan menggayakan busana pereka ternama.

Namun, faktor harga sering menjadi halangan untuk memiliki busana yang dihasilkan pereka ternama yang selalunya mencecah harga ribuan ringgit hanya untuk satu persalinan.

Masalah itu membuatkan ramai wanita memendamkan saja keinginan menyarungkan pakaian hasil sentuhan kreatif pereka ternama.

Menyedari dilema itu, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menjalinkan kerjasama dengan pereka duo tersohor negara, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil dari Rizman Ruzaini untuk menghasilkan koleksi busana Aidilfitri yang pastinya mampu membuatkan ramai individu tersenyum gembira.

Menampilkan antara koleksi terbaiknya dengan pemilihan warna lembut dan pastel yang menambat hati, Rizman Ruzaini yakin kerjasama dijalankan bersama Tesco Malaysia adalah platform tepat bagi menghargai peminat yang banyak menyokong mereka selama ini.

Koleksi Rizman Ruzaini For Tesco Raya 2015 mula membarisi ruang pakaian di pasar raya itu mulai 8 Jun lalu jelas mampu merealisasikan impian peminatnya untuk tampil bergaya pada Aidilfitri ini.

Dengan tawaran harga yang berpatutan, peminat koleksi busana Rizman Ruzaini pastinya teruja dengan adanya koleksi Aidilfitri Rizman Ruzaini bersempena dengan ulang tahun ke-10 pereka itu di persada dunia fesyen tanah air.

Rangkaian koleksi The Blooming & Luxe ditawarkan dengan harga menarik daripada RM299 hingga RM650.

The Blooming dihasilkan dengan 10 rekaan berharga RM299 setiap satu manakala rangkaian Luxe berharga bermula RM450 hingga RM650 untuk busana wanita dan RM250 untuk baju Melayu.

Menurut Ruzaini, penggunaan satin matte, krep lumut, sifon dan renda dengan pemilihan warna pastel antaranya biru, hijau pudina, ungu, kuning, hitam serta putih dilengkapi dengan reka bentuk bunga yang dicetak.

“Setiap koleksi ini sangat selesa dan sesuai digayakan pelbagai peringkat usia kerana didatangkan dengan rekaan yang sopan serta ringkas, namun tetap tampil elegan.

“Ia juga sesuai digayakan wanita Muslimah kerana potongan dan rekaannya yang sopan serta penggunaan material yang tidak jarang.

“Koleksi ini hadiah dan penghargaan kepada semua peminat dan penyokong yang bersama-sama selama 10 tahun kami di industri ini,” katanya.

Ruzaini berkata, pihaknya amat menghargai kepercayaan diberikan Tesco Malaysia yang membuatkan mereka lebih fokus dalam menghasilkan rekaan supaya dapat membariskan koleksi terbaik.

“Koleksi ini diinspirasikan daripada koleksi 2012 dan 2013 kami iaitu Blooming dan Mademoiselle yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat Rizman Ruzaini sebelum ini.

“Ia bukan saja sesuai dipakai pada Aidilfitri ini, malah dalam masa sama manis digayakan ketika majlis pernikahan dan pertunangan termasuklah untuk gadis pengiring atau pengapit pengantin,” ujarnya tersenyum.

Menurutnya, pilihan saiz bagi semua koleksi itu pula bermula daripada XS hingga ke XXL. Ia juga tidak panas dan selesa dipakai ke mana saja kerana rekaannya yang teliti serta pemilihan fabrik yang sesuai serta tahan lasak.

“Pastinya kami menitikberatkan semua aspek bermula daripada lakaran, pemilihan material, warna dan proses jahitan bagi memastikan ia setanding dengan semua koleksi kami,” katanya.

Rizman mengakui mereka menerima respons positif bagi koleksi Blooming dan Mademoiselle yang dilancarkan sebelum ini.

“Disebabkan itu, kami membawa koleksi berkenaan yang dijayakan dengan kerjasama Tesco Malaysia,” katanya.

Menurut Rizman, dengan harga mampu milik itu pastinya ramai yang teruja mendapatkannya disebabkan ia amat cantik dan menyerlah.

Penggunaan warna lembut yang manis dipandang adalah pilihan selamat dan sesuai digayakan semua peringkat usia dan warna kulit.

“Kami tidak mahu menggunakan warna yang terlalu terang kerana ia sering kali menjadi masalah kepada ramai wanita mahupun lelaki.

“Diharap koleksi ini memberikan kegembiraan untuk peminat kami tampil bergaya tanpa perlu berdepan dengan masalah harga,” katanya.

Bagi koleksi The Blooming boleh didapati di cawangan Tesco seluruh Malaysia manakala koleksi Luxe pula eksklusif di empat cawangan Tesco Malaysia iaitu di Ampang, Shah Alam, Mutiara Damansara, Desa Tebrau Johor Bahru.

Ia juga boleh didapati melalui pembelian dalam talian di Lazada bagi memudahkan lagi peminat mendapatkannya menjelang kedatangan Syawal bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:05 AM