SKUAD lumba basikal Malaysia beraksi dalam acara kriterium di Marina Bay , Singapura. FOTO Osman Adnan
SKUAD lumba basikal Malaysia beraksi dalam acara kriterium di Marina Bay , Singapura. FOTO Osman Adnan
Aziman Rosdi dan Ferzalfie Fauzi di Singapura

MALAYSIA meraih pingat emas ke-34 menerusi penembak Nur Ayuni Farhana Abd Halim yang memenangi acara 50 meter Riffle Tiga Posisi Individu Wanita, dengan 446.7 mata, hari ini.

Pingat perak diraih atlet Thailand Supamas Wankaew 442.9 mata dan gangsa menjadi milik seorang lagi penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi 433.5.

Pelumba negara, Mohd Harrif Saleh, turut menceriakan kem Malaysia apabila meraih emas acara berbasikal kriterium lelaki. Perak milik Le Van Duan dari Vietnam dan gangsa milik peserta tuan rumah, Vincent Ang.

Selain itu, Malaysia turut meraih pingat perak acara menembak 50m Riffle Tiga Posisi Berpasukan Wanita menerusi gandingan Nur Suryani Mohamed Taibi, Nur Ayuni Farhana Abd Halim dan Muslifah Zulkifli yang mengumpul 1,718 mata.

Pingat emas milik Thailand dengan 1735 mata dan gangsa diraih pasukan tuan rumah 1710 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 1:03 PM