ANGGOTA paramedik merawat wanita yang tangannya tersepit pada mesin memproses makanan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.
ANGGOTA paramedik merawat wanita yang tangannya tersepit pada mesin memproses makanan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Ampang: Seorang wanita berusia 32 tahun nyaris kehilangan tangan kanannya apabila ia tersepit pada mesin pembuat makanan sejuk beku di premis Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa yang dipercayai pemilik perniagaan sejuk beku cemas selepas tangan kanannya tersepit ketika melakukan kerja pemprosesan makanan.

Menurut Penyelia Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Pegawai Bomba Kanan Dua Mohd Kaha Abdul Halim, pihaknya berjaya mengeluarkan tangan mangsa dalam tempoh 20 minit selepas tiba di tempat kejadian.

"Kami terpaksa menggunakan pengumpil besi dan mesin hidrolik bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit sebelum wanita itu dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, mangsa hanya mengalami cedera ringan dan kini dilaporkan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 2:20 PM