(Dari kiri) Dollah Salleh, Indra Putra Mahayuddin, Paulo Rangel, Rebecca Caplehorn, Mauricio Pochettino, Harry Kane dan Christian Eriksen. FOTO Goh Thean Howe
(Dari kiri) Dollah Salleh, Indra Putra Mahayuddin, Paulo Rangel, Rebecca Caplehorn, Mauricio Pochettino, Harry Kane dan Christian Eriksen. FOTO Goh Thean Howe
Oleh Aziman Rosdi


Subang: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur bersama barisan bintangnya bersedia untuk berdepan pasukan pilihan Malaysia bagi aksi Piala AIA di Stadium Shah Alam esok.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu tiba di ibu negara, hari ini bersama skuad utamanya termasuk pemain sensasi baru di White Hart Lane, Harry Kane serta pemain perancang, Christian Eriksen, Erik Lamela dan Roberto Soldado.

Spurs, juara Piala UEFA (kini Piala Europa) dua kali pada 1971/72 dan 1983/84 itu menamatkan kempen EPL musim ini di tangga kelima selepas mengalahkan Everton 1-0 pada aksi terakhir liga Ahad lalu.

Manakala skuad pilihan Malaysia yang dibimbing Dollah Salleh kali ini menggunakan khidmat lima pemain import Liga Malaysia iaitu Ashfaq Ali, Paulo Rangel, Thiago Junior Aquino, Robert Cornthwaite dan Guilherme De Paula bagi memperkuatkan pasukannya.

Ini kunjungan pertama Spurs ke Malaysia sejak 1979 selepas mereka menewaskan Selangor 4-0 di Stadium Merdeka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 12:45 PM