BASHEER diiringi polis di luar mahkamah. FOTO Abdullah Yusof
BASHEER diiringi polis di luar mahkamah. FOTO Abdullah Yusof
Oleh Nor Azura Abdul Jalil


Kuala Lumpur: Seorang mekanik dipenjara empat tahun dan tiga sebat oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku salah atas empat pertuduhan mencuri wang daripada akaun simpanan seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34, dan memerintahkan hukuman berkuatkuasa semalam.

Pada 28 April lalu tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan dengan empat saksi telah dipanggil memberi keterangan dalam pemeriksaan utama bermula 16 April lalu.

Basheer Ahmad didakwa atas empat pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,650 daripada akaun simpanan Tian Jun Wei di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang, di sini, antara 10.02 pagi, 15 Mei tahun lalu dan 11.28 malam, 29 Jun tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 12:48 PM