GAMBAR  graduan  ‘selfie’ pada istiadat konvokesyen yang menjadi viral.
GAMBAR graduan ‘selfie’ pada istiadat konvokesyen yang menjadi viral.
Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: “Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” kata Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21.

Graduan jurusan Fotografi dari UiTM Lendu, Melaka itu kini menerima kritikan ramai apabila tindakannya mengambil gambar ‘selfie’ bersama Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub selepas menerima skrol ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 berlangsung menjadi viral di laman sosial.

Muhammad Hasrul berkata, idea untuk ‘selfie’ di atas pentas datang selepas melihat istiadat konvokesyen sebuah universiti tempatan yang menampilkan graduan Sarjana Muda Seni Persembahan Tari melakukan aksi tarian ketika mahu mengambil skrol.

“Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi.

“Tidak salah untuk saya ‘merakam’ detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:32 AM