Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Gambar Fathil Asri

Kota Bharu: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM49,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi, di atas dua pertuduhan berasingan memiliki barangan larangan import, empat tahun lalu.

Majistret Mohamad Nasirudin Mohamed menjatuhkan hukuman itu kepada Mohd Salleh Ong Abdullah, 59, yang mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 48 karton dan 156 peket rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM961.20di sebuah premis di bangunan Stadium Sultan Mohamad ke IV jam 9.10 pagi, 13 Julai 2011.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Salleh didakwa memiliki 233 karton rokok seludup yang bernilai RM3,839.20 di tempat dan masa yang sama.

Kesalahan itu boleh didakwa Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 tertuduh boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atu kedua-duanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 3:24 PM