CHONG Wei (dua dari kanan belakang) bersama skuad badminton negara sebelum berlepas ke Dongguan, China untuk Kejohanan Piala Sudirman.
CHONG Wei (dua dari kanan belakang) bersama skuad badminton negara sebelum berlepas ke Dongguan, China untuk Kejohanan Piala Sudirman.
Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei dijangka mendapat lampu hijau Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk beraksi pada Kejohanan Dunia Jakarta walaupun gagal mendapat tiket wild card daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, mereka akan mengadakan mesyuarat Majlis awal minggu depan bagi mencari jalan penyelesaian dan kemungkinan besar salah seorang daripada pemain yang layak secara merit, Chong Wei Feng atau Zulfadli Zulkiffli akan menjadi korban.

“Sebelum ini saya sudah mendapatkan maklum balas ahli Majlis BAM dan mereka mahukan Chong Wei beraksi pada Kejohanan Dunia, ia akan menjadi keutamaan untuk dipertimbangkan,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan atlet daripada beberapa acara yang akan menyertai Sukan SEA Singapura.

Jelasnya, semua sedia maklum Chong Wei tidak berjaya melayakkan diri ke kejohanan itu kerana tergelincir daripada ranking nombor satu dunia ke tangga ke-45 akibat penggantungan oleh BWF berhubung kes doping.

“Tarikh akhir penyenaraian nama ke kejohanan itu pada 14 Mei ini dan kini kami sibuk dengan Piala Sudirman di Dongguan tapi saya minta Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai dan Pengurus Besar Kenny Goh untuk menyegerakan mesyuarat supaya boleh buat keputusan terbaik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2015 @ 8:45 AM