SEAN YOUNG tak akan bintangi sekuel filem ini. Gambar kanan, Ford tampil semula dalam Blade Runner.
SEAN YOUNG tak akan bintangi sekuel filem ini. Gambar kanan, Ford tampil semula dalam Blade Runner.
Susunan Michelle Gun


Produser dan pelakon terkenal filem Star Wars, Harrison Ford bakal kembali memegang wataknya sebagai Rick Deckard dalam sekuel kedua Blade Runner.

Malah, pengarah asal filem fiksyen sains itu, Ridley Scott bukan sahaja mengarah, tetapi juga sebagai produser eksekutif sekuel berkenaan.

Lebih mengujakan, pelakon tampan Ryan Gosling turut dikatakan bakal berganding dengan Ford.

Menurut Scott, sekuel baru itu akan mengisahkan kejadian beberapa puluh tahun selepas filem pertama Blade Runner yang ditayangkan pada 1982.

“Sekuel ini akan menampilkan Deckard yang sudah berusia dan sememangnya Ford teruja untuk kembali membintangi Blade Runner.

“Selepas perbincangan, kami menghasilkan plot cerita kukuh yang berkait dengan kisah dalam filem pertama,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon Sean Young mendedahkan dia tidak akan membintangi sekuel itu.

Maklumat lanjut mengenai pembikinan filem itu masih dirahsiakan pihak produksi dan penggambaran akan bermula pada 2016.

Filem itu juga akan menampilkan watak utama wanita, namun tidak didedahkan siapa pelakon itu.

Blade Runner mengisahkan seorang lelaki dikehendaki memburu empat Replicants yang melarikan dari koloni mereka dan kembali ke bumi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2015 @ 5:00 AM