LOKASI mayat rentung ditemui. FOTO Salman Hamat
LOKASI mayat rentung ditemui. FOTO Salman Hamat
LOKASI mayat rentung ditemui. FOTO Salman Hamat
LOKASI mayat rentung ditemui. FOTO Salman Hamat
Oleh Salman Hamat


Butterworth: Mayat rentung dipercayai lelaki ditemui di kawasan lapang berhampiran tapak pembinaan kilang di Kampung Tok Panjang, Juru, Butterworth, 8.18 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mangsa terbakar bersama motosikal.

"Pemeriksaan mendapati hampir 90 peratus badan mangsa rentung begitu juga dengan motosikal berkenaan.

"Kami sedang mengenal pasti identiti mangsa dan semakan dilakukan mendapati motosikal itu didaftarkan atas nama seorang lelaki warga tempatan namun individu itu masih hidup," katanya.

Rusli berkata, siasatan awal mendapati motosikal itu digunakan seorang lelaki warga asing dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 2:33 PM