AKSI peserta yang mengambil bahagian dalam kayuhan kayak.
AKSI peserta yang mengambil bahagian dalam kayuhan kayak.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan program UTM Management Retreat, baru-baru ini bagi mengukuh jiwa institusi UTM dalam kalangan pegawai pengurusan.

Seramai 120 pegawai pengurusan diketuai Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar menyertai program itu dengan tema ‘Know & Love Our Campus’ berteraskan ekopelancongan di UTM kampus Johor Bahru, Johor.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 5:00 AM