Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah bas dalam kejadian di Jalan Cochrane, Pudu, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.50 pagi itu, mangsa S.Genesen, 33, yang beralamat di Taman Kosas, Ampang dipercayai terseret kira-kira 10 meter.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.57 pagi sebelum mengerahkan sebuah jentera dan lima anggota bomba termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, mangsa didapati terperosok di bawah bas.

"Pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan 'Beg Angin Res Q Tech' bagi mengangkat chasis bas sebelum berjaya mengeluarkan mangsa,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 4:13 PM