OLYMPUS OM-D E-M5 Mark II
OLYMPUS OM-D E-M5 Mark II
OLYMPUS OM-D E-M5 Mark II
OLYMPUS OM-D E-M5 Mark II
OLYMPUS OM-D E-M5 Mark II
OLYMPUS OM-D E-M5 Mark II
Oleh Afiq Hanif


Kemeriahan industri fotografi dimulakan dengan pengenalan Olympus OM-D E-M5 Mark II, kamera kompak dengan lensa boleh ubah yang kini memiliki sistem penstabil imej 5 axis tercanggih di dunia yang bermakna pembuat filem amatur boleh menikmati rakaman video berkualiti tinggi.

Ia mempunyai resolusi 16MP dengan bantuan merakam gambar dengan lebih terperinci ketika objek sedang bergerak seperti berlari atau kenderaan yang dipandu laju.

Kamera sama direka ringan dan kompak dengan binaan daripada aloi aluminium yang menjadikannya kalis percikan, debu dan beku, sekali gus mesin tahan lasak bagi menghadapi pelbagai keadaan cuaca ketika merakam.

INFO

OLYMPUS OM-D E-M5 MARK II

Harga: RM3,899 (badan saja), pakej dengan lensa M 12-50mm, RM4,499; lensa zum M 14-150mm, RM5,599; lensa M 12-40mm PRO

Resolusi: 16MP

Warna: Hitam atau perak

Lensa optik: Olympus Zuiko

Format fail: JPEG, Raw, MPO

Skrin: 3 inci LCD

Kelajuan shutter minimum: 60 saat

Kelajuan shutter maksimum: 1/16000saat

Sambungan: Kad SD, USB2.0, mikroHDMI

Jangka hayat bateri: 310 rakaman

Dimensi: 124 x 85 x 45mm

Berat: 469g

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 11:23 AM