Oleh Erywan Norshal

Perhimpunan besar-besaran jentera Ducati di Asia akan diadakan buat kali ketiga bersempena berlangsungnya perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang antara 24 hingga 26 Oktober ini.

Program Minggu Ducati Asia (ADW) kali ketiga selepas mula pada 2010 itu adalah kesinambungan acara terbesar jenama motosikal itu menerusi Minggu Ducati Dunia.

Sejak edisi pertama, program ADW tidak pernah mengecewakan peminat tegarnya selepas dipenuhi pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari berkenaan.

Bagi edisi ketiga itu, peserta disajikan aktiviti menunggang secara konvoi sekitar Kuala Lumpur dan menonton di tempat khas untuk penunggang Ducati di perlumbaan MotoGP Malaysia pada hari terakhir acara terbabit.

Mereka yang tidak memiliki motosikal Ducati boleh menyewa jentera berkenaan dengan pakej istimewa yang ditawarkan. Untuk keterangan lanjut sila layari www.asiaducatiweek.com.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:01 AM