SS kali ini nak cerita mengenai filem arahan U-Wei Saari yang akhirnya ditayang­kan di pawagam selepas selesai penggambaran pada 2010.

Filem berjudul Hanyut itu menampilkan gandingan pelakon hebat tanah air dan antarabangsa iaitu Peter O'Brien, Datin Sofia Jane, Diana Da­nielle, Adi Putra dan Alex Komang.

Bagaimanapun, SS difahamkan filem adaptasi daripada novel Joseph Conrad berjudul Almayer's Folly itu belum ditayangkan di Malaysia. Sebaliknya ia terlebih dahulu akan memasuki pawagam di Indonesia pada 6 November ini.

Khabarnya, FINAS sudah beri tarikh tayangannya mengikut Syarat Wajib Tayang pada November tahun lalu namun U-Wei enggan menayang­kan Hanyut kerana pasaran filem tempatan merosot sejak kebelakangan ini.

SS turut difahamkan FINAS belum menerima sebarang permohonan daripada pihak produser untuk menayang­kan filem itu di negara ini.

Bagi tayangan di Indonesia, judul Hanyut ditukar kepada Gunung Emas Almayer.

Bagi SS, filem ini sebaiknya cepat ditayangkan kerana tidak elok kalau simpan terlalu lama. Lagi pun ia sudah ditayangkan di Southeast Asian Film Festival 2013 di Singapura.

Peminat novel ini sudah tentu kecewa kerana tidak berpeluang me­nyaksikan kisah perjuangan seorang peniaga Belanda, Almayer untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada abad ke-19.

SS: Barang yang dah basi takkan laku.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:01 AM