PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) ketika mengundi menggunakan sistem pengundian Elektronik (E-Undi) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat pada 29 April lalu. FOTO BernamaADIB HASRI
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) ketika mengundi menggunakan sistem pengundian Elektronik (E-Undi) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat pada 29 April lalu. FOTO BernamaADIB HASRI
Hairulazim Mahmud dan Aizat Sharif


Alor Setar: Tiga Naib Presiden PAS mengekalkan status quo selepas diumumkan menang pada pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan PAS ke-63 Kota Sranag Semut, di sini hari ini.

Mereka ialah Idris Ahmad yang memperoleh undi tertinggi sebanyak 1,062 diikuti Datuk Mohd Amar Abdullah (950 undi) dan Datuk Ar Iskandar Abdul Samad (703 undi).

Bekas Ketua Penerangan yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan hanya mendapat 478 undi.

Seramai 1,209 perwakilan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian secara pengundian elektronik (e-undi), kelmarin.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Pemilihan PAS Pusat 2017 Datuk Wan Mutalib Embong.

Sementara itu bagi pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat, bekas Ketua Dewan Pemuda Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz mendapat undi tertinggi dengan 1,005 undi diikuti Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan (1,001 undi) danDr Riduan Mohd Noor (970) mengekalkan kedudukannya sebagai ahli jawatankuasa berkenaan.

PENGERUSI TETAP

Hussin Ismail - (MTB - Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Kamal Shaari (MTB)

PRESIDEN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (MTB)

TIMBALAN PRESIDEN

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (MTB)

NAIB PRESIDEN

1) Idris Ahmad

2) Datuk Mohd Amar Abdullah

3) Datuk Ar Iskandar Abdul Samad

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1) Najib Mat (MTB)

2) Mat Syukor Abd Aziz (MTB)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1) Dr Riduan Mohd Noor (970

2) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932)

3) Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970)

4) Dr Mohd Zuhdi Marzuki (878)

5) Sallehen Mukhyi (848)

6) Razman Zakaria(730)

7) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz(1,005)

8) Dr Rosni Adam(752)

9) Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan (1,001)

10) Dr Najihatussolehah Ahmad(887)

11) Mokhtar Senik(724)

12) Abdullah Hussin(666)

13) Muhtar Suhaili(618)

14) Dr Halimah Ali(872)

15) Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi(797)

16)Kamaruzzaman Mohamad(715)

17) Misbahul Munir Masduki(639)

18) Dr Azman Ibrahim(730)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 4:49 PM