Pemain Atletico (kiri) dan Real Madrid menjalani latihan menjelang UCL. FOTO EPA
Pemain Atletico (kiri) dan Real Madrid menjalani latihan menjelang UCL. FOTO EPA
AFP

Madrid: Lebih 2,000 pengawal keselamatan serta polis akan bertugas memantau perlawanan Real Madrid menentang Atletico Madrid pada separuh akhir pertama Liga Juara Juara (UCL) di Santiago Bernabeu.

Perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa Madrid untuk aksi perlawanan Selasa depan (2.45 pagi Rabu waktu Malaysia).

"Disebabkan ia pertembungan Liga Juara Juara, perlawanan itu dianggap berisiko tinggi. Kawalan keselamatan mesti diperketatkan," menurut pihak terbabit dalam satu kenyataan, hari ini.

Peraturan FIFA bermakna sekitar 4,000 penyokong Atletico akan berada stadium berkapasiti 80,000 penonton itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 8:52 PM