ADEL (kiri) bersama Lavrow di Moscow, semalam.  - AFP
ADEL (kiri) bersama Lavrow di Moscow, semalam. - AFP

Moscow: Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata, negaranya tetapi percaya Presiden Bashar al-Assad tidak mempunyai masa depan politik di Syria.

Adel berkata demikian pada sidang akhbar selepas berbincang dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov di Moscow.

Dia juga memberitahu, Riyadh mahu menamatkan apa yang disifatkannya sebagai campur tangan Iran di Asia Barat.

Menteri Luar Saudi itu memuji usaha rundingan damai Syria yang disokong Russia di Kazakhstan tetapi yakin senarai peserta rundingan yang ditaja Iran, Turki dan Russia itu perlu diperluaskan.

Moscow sejak dulu lagi menolak desakan supaya Bashar meletak jawatan dan berkata masa depan presiden Syria itu perlu ditentukan menerusi pilihan raya.

Walaupun berbeza pendapat mengenai Bashar, Lavrow memberitahu sidang media itu, negaranya dan Saudi bersependapat perlunya mencari penyelesaian untuk menamatkan perang saudara di Syria yang sudah berlarutan sejak 2011 dan meragut ratusan ribu nyawa. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 9:59 AM