WANITA muda terbabit mencari labi-labi untuk dijual. FOTO Harun Yahya
WANITA muda terbabit mencari labi-labi untuk dijual. FOTO Harun Yahya
Harun Yahya


Sibu: Tiada siapa menyangka kehadiran dua beranak di tepi parit di sekitar bandar ini sejak beberapa hari lalu disebabkan usaha mencari labi-labi untuk dijual kepada orang ramai bagi mencari sesuap nasi demi mengalas perut kelaparan.

Wanita berusia 20-an dan anak lelakinya berusia tiga tahun itu mundar-mandir di kawasan parit yang kotor berkenaan hingga mengundang simpati.

Kisah kedaifan dua beranak itu dikongsikan seorang pemilik laman sosial Facebook (FB) Rafeah Buang, 29, sejak Jumaat lalu sehingga menjadi tular, sekali gus mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang ternyata sedih melihat kehidupan yang terpaksa dilalui khususnya anak kecil terbabit.

Menurut Rafeah, kelibat dua beranak itu mencuri tumpuannya pada Jumaat lalu sehingga membawa beliau mendekati mereka bagi mengetahui kisah di sebalik labi-labi yang dicari.

“Sebenarnya, saya sudah beberapa kali terserempak dua beranak ini sejak tahun lalu, namun tidak mengetahui mereka sebenarnya berdepan kesulitan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2017 @ 8:11 AM